Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan is coming back!

Assalammualaikum <3
InsyaAllah kalau mak Bulan selamat melahirkan anak Bulan, maka keluarlah pengumuman yg esok puasa! Yeaayy! Hiks. Dulu dulu kan masa kecik cinonet dulu suka sangat dok depan tv tunggu pengumuman puasa. Excited sangat nak puasa. Sebab bila dapat puasa penuh sehari, dapat duit raya 2 hengget. Bayangkan kalau sebulan 30 hari, dah 60 ringgit kan? Punyalah tak ikhlas dulu aku berpuasa. Haha

Tapi sekarang dah besar panjang, jangan haraplah parents nak trick kita mcm tu. Kita sendiri dah muhasabah diri, dah besar, dah tanggung dosa sendiri kita kena buatlah benda benda wajib mcm ni kan. Kau tak puasa, kau lah tanggung dosa. Bukan mak ayah lagi. 


Maka, saya di sini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan and berpuasa buat semua umat Islam tak kisah lah kat celah mana pun. Islam tetap Islam kan. Ingat! Grab this golden opportunity. Setahun sekali je. So manfaatkan lah sebaik baiknya ok ? xD Pesan untuk diri sendiri jugak ni. Kadang2 tu terlalu leka dengan bulan Syawal. Hiks, perempuan biasa lah uolls.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 
"Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga"

*Malam ni dah mula terawih
*Malamni jangan lupa niat puasa tau :)