Wednesday, January 23, 2013

Happy sweet sixteen :)

Hai, salamualaikum. 
Orait tanggal 22 januari 2013, tepat jam 10.45 pagi maka aku telah pon memasuki alam remaja yg berusia 16 tahun. Yeayyy! Ni lah huntongnye besday awal. Terima kaseh ibuu keluarkan kite dari perot awal2. Ngehehehe :P

Alhamdulillah, bersyukur sangat2 umur semakin meningkat dan badan pon semakin 'sihat'. Haha nampak tak permainan dia uolls? Nampak tak? Dan aku rasa celebration birthday aku untuk tahun ni lah yang paling bermakna. Paling aku rasa teruja giler. Paling aku rasa terharuu. Hehe, rasa macam kadang-kadang tu tak sangka pulak bila ramai orang yg meraikan hari jadi kita. Bagi kita ucapan yg boleh buat kita menangis. Pagi-pagi lagi masa sarapan atas meja sebelum nak ke sekolah, ayah dah nyanyikan aku lagu hepi besday tuu :') Apa lagi, malu2 taik kucing lah kan. Haha, aku hanya mampu sengih2 tayang gigi. Ayah memang so sweet oke. Lebiuu ayah.


Sampai sekolah pagi2 je, dengan hati yang girang gumbiranye, hanya tersenyum je mase tu. Pandang kiri kanan, dan senyum. Pandang kanan kiri, dan senyum. everything about senyum :) Yelah, umur kita baru je meningkat kan? So mulakan lah dengan senyuman yg paling2 menawang. Cehwahh :P
Sepanjang keberadaan aku kat sekolah tu, memang ramai yg wish. Pasal hari yg semalamnye aku dah bagitau awal2 dah yg esok besday aku. HAHA, ini adalah salah satu cara yg paling berkesan dan efektif untuk org mengingati besday kite k. Memang sangat berkesan. Cubalah!

Masa dalam kelas, Cikgu Ilawati, cikgu bm wish untuk aku 
"Harini birthday awak ea. Semoga ayuni dapat mencapai apa yang dicita-citakan. Semoga awak sentiasa berjaya dalam pelajaran... oke. Hmm, jadi anak yang solehah"
sambil tepuk2 bahu aku.

YaAllah, terharunya masa dia cakap jadi anak yg solehah tu. Rasa macam ibu aku sendiri yg cakap kan benda tu kat aku :) Terima kasih cikgu. 

Masa rehat, member2 rapat dari kelas lain semua wish besday sambil hulur hadiah. Masuk tahun ni dah 3 taon kitorang kawan, tapi tahun ni lah yg aku dapat hadiah dari dorang semua. Hehe, memang tersangatlah indah.


Then tiba2 ada one of my friends ni panggil2 aku, tarik2 aku masuk dalam kelas dia, Taraaaaa, birthday cake yang sangat comel dan awesome! Siap ada doraemon comel lagi atas tuu. Thanks sayangg. Dulu mase form 1 dorang gelar aku doraemon. pasal aku ni gemok pendek. Macam doraemon lah. Cute kan zaman2 sekolah ni :)



Blueberry vanila cakes for Cebol. Cebol means tembam in Jawa. 143 means ILoveYou. I lebiuu too dear :)


Tengokk tuu? Aku pendek. haha

Oke, balik rumah aku tak bukak hadiah pon. Teros online and reply wish2 dari kawan2 semua. Dalam pukul 5 ayah balik keje, dia nyanyikan lagu hepi besday lagi sekali. Haha, mase tu ibu dengan akak gelak je. Cakap ayah dah tak betol. asek2 nak menyanyi je. Hadiah2 aku semua ibu yang bukak kan.


*wish dari akak.

Malam tu celebrate besday dekat Pizza Hut. Ibu cakap tak payah beli kek pasal aku dah makan kek kat sekolah tadi. Alooooo :( *duckface. haha anyway, pizza hut pon dah mengenyangkan dah.




Dah kenyang melantak dekat PizzaHut, ibu pujuk ayah tengok wayang The Tower. Wahhh, memang awesome cerita dia. Cerita korea sebenarnya. Cerita pasal sebuah bangunan ni terbakar masa orang ramai tengah celebrate Merry Christmas. And know what? Aku, ibu, akak dan wadah adek aku semua menangis. Sedih sangat cerita dia. Cerita yang mengajar kita tentang betapa pentingnya nywa dan kehidupan kepada manusia. :') Kalau ada 10 bintang, aku bagi 12 bintang extra. Haha

Ibu ada 3 anak dara, dan 1 anak bujang. Malangnye, anak bujang ibu tak cuti pulak tyme ni, Sadlife lah kau abang. haha

Apa-apa pon semoga bila aku dah masuh 16 tahun ni, aku semakin matanglah. Tapi kalau boleh taknak matang sangat. Nak ada childish2 sikit. Baru ah happening hidup ni.

Happy birthday to you Nor Ayuni,
Allah selamatkan kamu :)

Actually, I love myself, sincerely. Ahakk :*



Saturday, January 19, 2013

Zaman dolu2 punya celebration

Salam,
oke sempena hari jadi aku tak lama lagi :)







Zaman dulu2, zaman aku sekolah rendah dulu memang rajin buat birthday party. Ibu taknak buat pon, aku paksa jugak ibu buat. Dari aku darjah 4 sampailah form 1. Naik form 2 dah stop dah, maybe sebab dah besar kan. Dah seganlahh. Lagipun taknaklah menyusahkan parents lagi kan. 

Tak lama lagi dah 16 tahun dah. Lagi 4 tahun nak masuk umur 20-an. Dah boleh jadi mak budak dah orang kata. haha, gatal2. 

*Untung harijadi bulan januari ni. Anyway, happy birthday to adek aku. 4 Januari 2013. Dah 10 tahun dah kau Wadah :)

Tuesday, January 15, 2013

Hari-hari Goyang Kaki


Assalammualaikum, hyyyeeeeeeeeeeeeeeeeee xD


Kalau dulu masa form 3, hari-hari balik rumah goyang kaki.
Balik rumah goyang kaki. 
Balik rumah je goyang kaki. 
Memang bila tyme balik rumah tu, goyang kaki je lah.
Bila boring, goyang kaki.
Kenapa goyang kaki?
Pasal ada kaki lah. HAHA. 
Kenapa goyang kaki?
Pasal tak ada kerja, tak sibuk dan tak busy (same lah tuuu) :P


Oke now dah form 4. Form 4 tauuuu. Tak twuu kenapa semuanye berubah.
Kalau dulu balik je teros cari katil. Katil pon memanggil - manggil. 
Sekarang jengok bilik pon tidak.
Sampai2 rumahh, teros makan. Haa yang ni wajib lah. hehe
Lepastu sambung belajar, buat homework.
Padahal homework semalam belum siap.
Homework minggu lepas belum siap (terok). haha
K Tipu je.

Yang penting memangggg penaattt. Ni baru awal tahun.
Belom lagi tambah dengan kelas tambahan, tusyen lagi kan?
Tu je, nak sambung tidur, eh study :)

p/s : nak update blog pon takde masa. hmmm

Tuesday, January 1, 2013

Lagi dua tahun dah nak habis sekolah :D


Assalammualaikum :) Hehe, yeayyy2 esok nak sekolah. 
So malam ni kenalah prepare kan segala-galanya kan? Kena sediakan beg sekolah baru, kasut sekolah baru yang tak perlu dikapur. HAHA. Dan yang paling penting kena gosok baju sekolah baru yang putih bersih lagi suci murni :) Hmm, semangatnya anak ibu yang ni nak pergi sekolah esok tau.

Semangat nak merasai alam tingkatan 4, yes menengah atas :D

Seriously, untuk kali ke empat ratus lapan puluh tujuh kali aku cakap aku masih tak percaya yang dah nak masuh form 4 dah aku ni. 16 tahun tau! 16 tau. 1 kena darab dengan 16 kali baru boleh dapat 16 tau. Ingat senang?Muehehe, gedik aku ni. Tapi sebenarnya kan bila pikir2 balik bosan tau bila dah meningkat dewasa ni. Macam2 dah kita kena pikir. Taksuke taksuke. 
Kalau boleh nak kekal jadik budak kecik, yang dulunye main kejar2 dalam kelas. Kawan usik sikit kita ngaduu kat cikgu. Sikit2 cikguuu, sikit2 cikgu. And cikgu pulak setia je melayan kite semua dulu2 kan. Ni lah namenye pengorbanan cikgu sekolah rendah :) 

Bila dah tingkatan 4, belajar pon kene serious. Takboleh dah main2 lagi. Takboleh nak berangan2 masa cikgu ngajor. Takboleh dah nak study last minute. Kalau dulu masa nak exam trial pmr pon. Esok exam, malam ni tak tidor langsong nak study. Memang boleh. Tapi abang aku cakap, kalau nak SPM kau buat macamtu memang hanyoootttttt. :P Thanks abang for the advice :D

Okay, ni aku just nak kongsikan gambar2 dari aku tahun 2010 sampailah 2012. Three years aku di sekolah yang sama, SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat. Memang indah sangat, syukur sangat2. Manalah tahu kan naik form 4 ni aku sambung sekolah tempat lain pulak :') Hehe sedih pulak taip ni.

2010


Biola, acting je yang ni. Tyme aku pendek lagi kot. Muka childish lagi kann. Hehe, rinduu pulak >.<


Keyboard. Aku yang berdiri tuu. HAHA


Senyum kemain lagi lebar. Okay ni tiga tahun lepas punya, main pistol2 air lagi tau uolls. Haha, masa ni ada party kelab bentarians

2011


Hehe, tyme ni paling best. Buat surprise untuk bestprengg aku Ain Syahirah yang pakai spec tu :) Just a cake Ain



Masuk futsal yang diadakan tiap2 tahun. Tahun 2011 je kitorang masuk. 2013 dah tak join dahh. Pasal first tyme kitorang join tuu je dah kalah dengan team budak form 1 tauu. 3-0 pulakk tuu. Sadis betol lah. haha


Pergi Istana Budaya for The Dreamgirls :)



Celebrate besday Mira :)

2012 (PMR)


Lawatan ke TARCollege


Trip to Legoland :)



Last day sekolah. K, banyak lagi sebenarnya gambar. Ni sebahagian.

Dari sini je kita dah boleh nampak kan kite dah meningkat dewasa. Muka dah matured. Badan dah gemok. Akal fikiran pon dah matang dah. Taon depan form 4 lepastu form 5 lepastu dah habis sekolah dah. Lagi dua tahon je ni aku nak bersekolah, merase pakai baju sekolah. Aku nak manfaatkan betol2 :)

Antara ucapan cikgu aku pada hari beliau bersara :

"Bila awak tengah bersekolah, awak akan memang berasa bosan untuk bersekolah. Hari-hari benda yg sama awak buat. Tapi percayalah cakap cikgu, awak akan merindui ni semua. Apabila awak dah bekerja, dah di universiti, hati awak melonjak lonjak nak masuk alam persekolahan balik. Dan kerana itulah cikgu memilih kerjaya cikgu sebgai seorang guru supaya dapat melepaskan rindu pada alam persekolahan. Ingat, alam persekolah adalah alam yang terindah bagi seorang manusia :')"