Monday, December 31, 2012

2013, Please be nice to me ;D



Haha
Ye, 2013 dah nak sampai. Lagi beberapa jam lagi. Rasa macam tak percaya kejap sangat dah setahun kan? Kejap sangat 2012 berlalu. Tahun 2012? Banyak sangat moment2 terindah, pahit manis, tawar kelat semua ada. Dan bagi aku tahun 2012 adalah tahun yang paling The Best dalam hidup aku. 

Ya Allah, kadang2 rasa macam sedih sangat nak tinggalkan tahun 2012. Tahun di mana aku adalah seorang calon PMR. Tahun di mana aku adalah seorang pelajar cemerlang PMR :D Itu yang paling paling takboleh aku nak lupakan. Tahun di mana aku dengan batch form 3 menjadi rapat. Macam adib-beradik. Seriously, we act like siblings. Lovely siblings. Rasa macam sayang sangat nak tinggalkan semua tu. Tahun di mana aku dengan member2 semua berhempas pulas nak mendapatkan keputusan yang terbaik. 

Tahun 2012 tahun yang aku dengan family semakin rapat. Tahun di mana akak aku kena sambung study dekat UNIMAS, Sarawak. Rasanya tak ada yang sedih dalam tahun 2012. Tapi.. tahun 2012 ni lah perginya seorang atok saudara ku. Hmm, terlalu cepat. Dah nak sebulan kot arwah dah pergi. Al-Fatihah, Encik Razale bin Abdullah :')

Okay, malam ni. 2013 pulak kan. Oh tak lama lagi aku dah form 4, 16 tahun. 22 Januari, officially aku akan jadi seorang remaja dan belia yg berusia 16 tahun. Bukan calang-calang angka tau tu. Angka yang besar. Hahaha, tak sangka pulak dah form 4. Dah menengah atas, dah jadik senior lah kitee ni ek ek *angkat2 kening. Dah boleh buli budak junior dahh. Ngehh3

Apa-apa pon hidup kene lah kite teroskan kan? Yang aku harapkan azam aku akan tercapai. Tahun 2013 lebih bermakna. Dan aku nak aku banyakkan senyum je sepanjang 2013 ni. Cheeesseeee :D


Assalammualaikum, from me. 16-y-o girl to be :)

Saturday, December 29, 2012

The Haunted Kellie's Castle


Assalammualaikum tak jawab dosa, dah jawab sayang :) Ngehh2
Orait, masa cuti haritu pergi Perak nak melawat Atok Saudara. Alang-alang dah sampai sana, bercuti lah sekali. So, adek aku yang bertuah tu teringin sangat nak pergi Kellie's Castle. Dia kata dalam buku teks english dia ada pasal Kellia's Castle ni. Nak penuhkan permintaan dia, ibu yuni pon singgahlah tempat tu kejap. Dari jauh dah nampak superB gila! Cantik tersergam indah istana tuu. Memang kagum gila dengan dak Kellie ni. Haha





Haha aksi spontan ibu dengan ayah lepas aku cakap "buat muke takot". Ya, umum pon tahu Kellie's Castle ni berpuaka sikit. Pasal tuu lah tak bukak waktu malam. Paham2 je lah kan. Dan nak masuk tuu kene bayaran k, jangan risau. Very2 affordable :)


Sebelum nak ke istana, kene lalu jambatan, ada sebatang sungai oke kat situ.


Welcome to Kellie's Castle! OhYeahhh :D


Itu saje lah kot yang nak dikongsikan :) Gambar je banyak drpd kata2 kann? haha k

p/s : sekolah dah nak bukak, yeayy2! *Menipuuu

Friday, December 28, 2012

Permata yang dicari - Dehearty

Assalammualaikum.. 
Tengah layan2 video lagu youtube, terjumpa pulak lagu Permata yang Dicari. Then, ada satu top comments yang sangat2 lah menyentuh hati. 66 likes okayy :)

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH! : ) 

 Jangan lafazkan lagi.sehinggalah benar2 mahu dan mampu untuk memiliki.... 
Sayangi dia dgn sebenar2nya erti sayang.... Bukan dengan membiarkan dia lagha dengan cinta fana.... :')

*Quick update
 

Thursday, December 27, 2012

Talk about 'AZAM'

Assalammualaikum and hye uolls, hari ini 27 Disember 2012. 
Lagi berapa hari je ni kita nak masuh tahun baru. Lagi berapa hari je tauu. Rasa macam sekejap sangat kan tahun 2012 ni. Oh 2012,mesti aku rinduu sangat2 tahun 2012. Terlalu banyak sangat kenangan dalam tahun 2012 ni. Kalau boleh kan rasa macam taknak je tinggalkan tahun 2012. Rasa macam nak pause everything je. Ya Allah,semoga tahun 2013 juga membawa makna kepadaku Ya Allah :')

Alhamdulillah,azam aku tahun 2012 dah tercapai. Syukur sangat-sangat. So tak adalah nanti rasa macam menyesal kan sebab tak dapat nak tunaikan azam kita sendiri. Dah nak masuk tahun baru ni,azam pon baru. Now,tengah pikir-pikir lagi nak azamkan apa untuk tahun 2013 ni.Buat mereka yg ada exam2 besar macam aku dulu PMR,senanglah kann.Boleh terus berazam nak dapatkan straight A.Dengan penuh keyakinan dan bersemangatnya, tanpa ragu-ragu lagi dah berazam, Aku nak straight A! Yeayyy! Haha macam aku lah ni dulu.


Guys, azam ni sangat-sangatlah penting ye dalam hidup kita. Dia sebenarnya macam nak tunjukkan apa target kita sepanjang setahun tu. Dan bila dah berazam tu, kenalah berusaha tunaikan, betul tak?Bila dah berazam tu, jangan risau. Secara automatik dan tiba-tiba je kita akan lebih berusaha bertungkus-lumus nak capai azam kita tu. Azam ni pon sebenarnya ibarat janji kita kat diri sendiri. Apa perasaan kita kalau org tak tunaikan janji dia dekat kita? Macamtu jugaklah kena tunaikan janji diri sendiri :D

Antara azam-azam 2013 aku (bajet banyak gilos azam je kan) :

  • Nak study betul-betul dan concentrate sepenuhnya dalam study. Form 4 bukan tahun berhoneymoon
  • Nak turunkan berat badan (Hahhahahahaha)
  • Nak tinggi lagi! nak tinggi lagi! Tolonglah tahun depan dah 16 tahun tau. Tinggi baru 150 cm
  • Nak dapatkan banyak2 anugerah dalam sekolah tu
  • Ingin menjadi anak perempuan yang baik dan solehah :') *terharu
  • Nak cuba untuk solat 5 waktu penuh. Nampak sangat sebelum ni tak berapa penuh. Muehehe
 Rasanya tu je lah kot. Tak beranilah nak letak azam banyak-banyak kan. Nanti tak tercapai, diri sendiri yang rugi. So, Welcome 2013!


Sunday, December 23, 2012

Oh Ghinduunyeeee :D

Assalammualaikum :)


Hehehe, bagi salam je teros post gambar. Hmm, rinduuu sangat. Rinduu sangat sangat. Kejap lagi dah nak bukak sekolah. Tinggal lagi seminggu je korang. Kasut sekolah belom beli lagi! Yeayyyy! Haha. For sure lah kan naik sekolah nanti macam2 story kita nak share dengan kengkawan kita semua. Yg paling pasti, topik pasal result PMR mesti tak habis2 lagi.

Lepasni dah naik form 4. Masuk sekolah minggu orentasi dulu. Mesti ada budak baru masuk. Mesti kita ada ramai kawan baru. Mesti nanti kawan2 rapat kita masa form 3 dah tak rapat dah dengan kita. Dan mesti orang yg sekelas dengan kita dulu, dah tak sekelas dah dengan kita lagi. Yelahhh, aliran pon dah lain2. Ada amek sains, ada amek sastera. Hmm, yang pastinye aku rindu gila dengan hidup form 3 aku. Rindu nak belajar. Rindu nak exam. Rindu nak amek result. Hahhaha :P

Semoga hubungan kita ni semua akan kekal, walau kelas berasingan, walau sekolah berlainan, hati tetap bersatuu. Cehhwaahhhhh :)


Tengoklah tuu, macam mane lah aku tak rindu dekat dorang semuaa :') Hehe indahnyee kan alam persekolahan. Rinduu rinduu rinduuuuuuuu :D 

P/S : Aku rindu nak jadi naib presiden kelas lagi sekali. HAHA, gile kuaseee!

Thursday, December 20, 2012

Alhamdulillah, anugerah terindah :')

Assalammualaikum and hye uolls,
Wahhhh rase macam lega sangat sangat lepas dah dapat result ni. Dan Alhamdulillah aku berjaya mendapat 8A. Inilah yg aku terlalu nak kan dalam hidup. Tak sia2 belajar 3 tahun kan? Alhamdulillah sangat2, aku bersyukur padaMu YaAllah. Baru semalam aku amek result, terasa macam nak amek banyak banyak kali je :) Hehe, harini teros zzuuppp update dekat blog. Takot nanti dah sejuk cerita pon dah basi. Betol idak?

Sehari sebelum nak dapat result tu, errrr rasa macam errr, rasa yg entahlah. Duduk takboleh, diri takboleh, makan takboleh, nak tidor tak boleh. Semuanya tak boleh. Ada je benda yg tak kena tawu tak. Rasa macam org pregnant yg tengah tunggu hari nak bersalin :D Hhahaha macam gitulah. Tak senang dudok org kata. Ibu dengan my budak betuah tu tak habes2 teros meneros usik2 aku. Rasa macam ishhh dah lah jangan usik2 lagi. Haha, memang cuak gila. Memang gua tak makan langsong haritu. Nasi wa tak hadap pon. Pergi dapur minum air kosong je twu tak. Air sejuk dengan ais berketul-ketul pon aku dah tak pandang dah. 
Punyalah hebat penangan result PMR ni kan? Macam kene nasi kangkang. Ngeh3

Lepas sembahyang maghrib, aku sempat lagi amek semua kertas soalan PMR yg ada, search google skema PMR 2012, check balik jawapan2 untuk subjek yg aku rasa gerun sikit tu. Sekurang kurangnya ada lah rasa lega sikit kan? Rasa gemuruh tu tak hilang jugak, oke baca yasin. Kasi tenang sikit jiwa ni. Lepastu teros bukak air-cond teros tidor. Tapi kan kawan kawan. Pukol 9 lebih saya masok tidor, takboleh tidor2 jugak sampai dah pukol 1 saya bangon pergi tandas. And at that time, tho whole of my family dah tidor dah pon. Errr, kenapa aku rasa macam gini? -.-

Dan pada hari Rabu 19 Disember 2012 adalah hari yg ditunggu-tunggu oleh semua batch-97. Hari yang memberi kita jawapan kepada doa2 dan hasil usaha 3 tahun belajar. Waktu2 akhir macamni takboleh nak buat apa dah, cuma berdoa dan mintak keajaiban Allah. Dan aku sendiri merasakan keindahan tu. Korang, belajar lah betol2. Tak sia2 kita bersengkang mata, mengadap buku sepanjang masa. Semua semua tu rasa macam 


 " Fuuuhhhhh, lega. Aku dah berjaya. Tak sia2 aku belajar. Alhamdulillah Allah "

And pada masatu lah kita dpt tengok kawan2 kita punye nerbessss nye macam mana. Tengok kawan2 kita yg hepi, yg sedih dan ada jugak yg selamber dekk jek. Macam dia dah pasrah awal2. HAHA. Buat dorang yg tak berjaya, jangan give up. Ni baru PMR, jauh lagi hidup kita kalau nak berjaya ni. Betul tak. Ni semua hanya permulaan. 
Kita dah buat yg terbaik. Dan apa yg terjadi itulah yg terbaik untuk kita :)


Dan until now, aku tak habis2 terima ucapan tahniah dari kawan2, sedara mara, cikgu2. Ingat ea korang, bila dah berjaya jangan lupa orang ug tak berjaya. Sebab kita semua sama2 rakan seperjuangan. And jangan lupa nak ucap alhamdulillah, bersyukur dengan apa yg kita dapat tau. Jangan lupa ucap trime kaseh dekat semua orang. Dan kalau kita ada bernazar sesuatu, tunaikanlah janji tu. Cehwahhh, macam khutbahJemaat pulak >.<


Apabila kita berjaya tanpa melupakan kawan baik kita, itulah namanya kawan sejati dunia dan insyaAllah akhirat :') Tahniah buat kita berdua Ain Syahirah :D
-petikan dari post aku ke fb dia-

Again, Alhadulillah Allah, Terima kaseh semua :')