Saturday, March 30, 2013

Kem - Cycling the mountain bike

Assalammualaikum

Antara aktiviti2 yang adventure masa kem haritu ialah menunggang mountain bike. Oke, first kitorang diberi taklimat. Tentang cara nak menguruskan mountain bike ni. Bahan apa yg diperlukan. Safety2 dia semua tu lah. About the mountain bike. Part2 yang perlu dikenal pasti. Function dia lagi. Sedikit sebanyak memang bg ilmu lah dekat aku yang tak tahu apa2 pon pasal mountain bike ni. Nothing. Yang aku tahu basikal 4 roda yg budak kecik naik tu. haha.
Kemudian dibahagikan pulak kepada 2 group. Satu, yang akan menunggang. Satu, yg akan mengurus. Mengurus kat sini means kita akan keluarkan mountain bike dari stor mengikut bilangan yg betul. Keluarkan helmet dia, yang dekat siku dengan lutut tu. (aku lupa dah nama dia apa, sia2 je orang tu bg taklimat) jaket keselamatan. Aku rasa tu je lah kot. 

 *find me


Demonstration lah sangat kan. Okay, lelaki tu nama dia Aidiel. Dia ketua kumpulan aku. Hmm, boleh tahan kan (amboyy..) :P

Masa mula2 tu kan, aku rasa macam alaaaa sama je kan mountain bike ni dengan basikal lain2. Just naik dan kayuh dan kayuh. So apa lah yg adventure sangatnye? Macam kerja bodoh je (ayat sinis btol) Haha. Basikal tu dah lah tinggi. Seat dia pon boleh tahan lah tinggi jugak. Aku ni dah lah pendek. Bila naik tu memang rasa janggal gile. Badan aku serta merta jadi bongkok macam nenek 60an sebab seat dia tinggi.



Muka masing2 confident je kan? Taktahu track dia punya lah susah. Berbukit bukau. Fehh, aku ingat mati je masa naik menatang ni. Lagi satu, yg kat belakang tu sume kitorang punya khemah.


Sebelum memulakan perjalanan, weolls semua baca doa dulu. Nak elakkan benda tak baik terjadi. Lagipon kitorang akan lalu dekat tempat hutan2 sikit. So faham2 je lah kan, dalam dunia ni bukan manusia je yg ada. Amacam ayat aku? Seram tak? haha. Yang lelaki jalan dulu, yg perempuan pulak kena follow yg lelaki. 

Sebelum lalu dekat track tu, kitorang pusing 3 pusingan dataran. Besar dataran tu adalah mcm besar satu padang. Tujuannya untuk longgarkan lutut kita. Tak adalah nanti kaki terperanjat kan. Mana tak nye, last aku naik basikal masa aku darjah 6. Haha, masetu pon sebab dpt basikal free 5A, bawak basikal dr sekolah sampai rumah. Tu lah terakhir kalinya.Now, dah empat tahun berlalu tau. 


Takde pulak gambar yg dekat track. Tapi memang track dia tersangat sangat mencabar. Dengan berbukit bukau nye, jalan atas tanah dan batu2 kecil yang tak rata. Kalau yg tak pandai nak stabil tu, memang akan jatuh. Yg paling menakutkan, kita kena lalu tepi2 tasik. Dah lah track dia kecik je, kalau jatuh memang terus masuk dalam tasik tu. Lepastu kena lalu dekat satu titi ni. Titi dia dah lah pakai papan je. Masa lalu aku was2 je takot titi tu tak dapat nak menampung berat badan aku ni :D Ngiahaha. 

Masa lalu dekat jalan yg bukit2 bonjol2 gitu, macam bumper lah senang cite. Badan mesti bergoyang goyang tak stabil. Sekejap nak jatuh ke kiri, sekejap nak jatuh ke kanan. Dan disebabkan seat tu tinggi, dan sifat basikal tu sendiri yg tinggi, bila jatuh, memang vagina lah yg jadi mangsa. Hahahaha :P Harap faham.


Ada jugak yg tak gheti naik basikal langsong. Bayangkan, langsong tak tahu naik basikal. Dia naik tu dia tak reti nak stabilkan. Haaa, 3 orang yg tolong dia. Last2, dia tak join kitorang pon lalu dekat track semua. 


Aai cik abang? Basuh basikal sampai senteng sebelah seluar? Knp tak naikkan dua2 belah je. :P

Malamtu nak tidur memang sakit betul kaki. Memang lenguh sangat2, nak naik turun tangga pon sakit. Nasib baik ibu ada bekalkan aku muscular vick :) Adalah sangat2 berguna di waktu kita memerlukan. Haha


Friday, March 29, 2013

#Quotes


Always aim for the moon, even if you miss, you'll land among the stars

 

 ^^\/

Thursday, March 28, 2013

Another camping at Kem Tasek Utara


Assalammualaikum.


18 - 21 Mac 2013. Empat hari aku tak ada kat sekolah. Empat hari aku membawa diri jauhhhh dari daerah Segamat. Haha, daerah segamat je. Bukan pergi mana pon. Tapi agak rindu jugak lah 4 hari tak datang sekolah kan. Rutin semua berubah. 4 hari punya kerja sekolah pon sedang menunggguuuu. 

Sasaran camping ni sebenarnya, pelajar yg cemerlang akademik tapi tak cemerlang kokurikulum. Bila cikgu ckp macamni, aku terus gelak. Cikgu, tu saya lah tu. Tanpa berpikir panjang, aku pon membuat keputusan menyertai camping tersebut. Lagipun peringkat negeri tuu kan. Another new friends, new place and the most important is new experience! Yeayy!

Kasi cuci2 mata dulu :P






 Will update soon ;)

" baru satu ea? "




Suatu hari jalan2 di MyDin
Sambil menolak trolley yg dalamnya ada seorang bby berusia 8 bulan macam tu
Bby tu dah reti duduk lah
So letaklah dia dekat tempat duduk baby yg dekat trolley tu (ayat keling)
Sambil menunggu nenek dengan ibu shopping
Duduklah dekat satu bangku di mall tersebut
Datang seorang nenek dalam 60-an gitu
Dia pon main2 dengan bby itu sambil diperhatikan oleh aku
Well, siapa tak geram kan bila jumpa bby, mesti nak main cak2 dengan dia jugak kan
Ayat pertama yg keluar dr mulut makcik tu

" baru satu ea? "

" Ehhh? -.- "

Aku cerita dekat mak aku, mak aku gelak kan kemain lagi. Haha, tp memang lawak pun.
Makcik, saya baru 16 tahun tauu. 16. SPM pon belom. Ape2 pon, cute lah makcik :D


Sunday, March 24, 2013

Untungnya PEREMPUAN :')


"If everyone knew the true status of a muslim women, even the men would want to be women"

Sunday, March 17, 2013

Rasa yang aku rasakan.


Kadang2 tu kan aku terus terang dengan seseorang, bukan dengan niat nak sakitkan hati dia. Aku cuma nak menjadi aku sendiri. Aku cuma nak jujur dengan dia tentang apa yg aku buat. Sekurang-kurangnya aku jujur dengan dia. Aku tahu memang lah aku salah. Tapi tolong lah faham, aku dah terus terang dah. Janganlah hukum2 aku macam ni. Aku tak boleh lah. 

Waktu2 macamni lah benda ni semua nak jadi. Kadang2 buat aku rasa marah je. Bila aku marah, mulalah aku nak buat benda yg tak betol. Aku tak suka lah ada perasaan yg macamni. Tolong jangan paksa2 aku ada perasaan macamni. 



Orang tak rasa apa yang kita rasa. Orang tak tahu apa yang kita lalui. 
Mungkin orang boleh tahu kisah hidup kita, tapi yg merasakannya hanya kita sendiri.
Hanya diri kita.
Bukan orang lain.

Orang mungkin boleh tengok kita tersenyum.
Semua orang boleh nampak senyuman kita.
Tapi tak semua orang boleh tengok air mata kita mengalir.
Tak semua orang.
Tak semua.

Mungkin.
Yg SATU, dah aturkan semuanya.
Dah aturkan yang cantik2 belaka untuk aku.
Tinggal aku perlu sabar, sabar, dan terus bertahan.
Ya, bertahan.
Be STRONG!

"Biarlah hati ini merawat lukanya sendiri :') "
Alhamdulillah, aku masih mampu tersenyum.
Masih mampu memberikan senyuman.
Dan masih mampu buat orang lain tersenyum.

IloveMyself,sincerely.

Thursday, March 14, 2013

Kawan makan kawan.

Salam.
Oke, straight to the point. Bila cakap pasal kawan ni, macam-macam kerenah yg ada kan. Ada yg baik tu memamng baik, tapi belakang kita tak tahulah macam mana. Ada pulak yg nampak macam mulut bila bercakap langsung taknak tapis, tapi dorang sebenarnya hormat kat kita. Sekurang kurangnya org yg mulut tak tapis ni, dia jujur dengan kita. Betul tak? Bukannya suka cakap2 belakang. Eh, macam budak2 lah kadang2 tu. 


Ramai dah org cakap,
"Dalam 10 org kawan kita, belum tentu ada seorang yg betul2 memahami kita and anggap kita sebagai kawan dia yg sebenar-benarnya"

Sepanjang aku jadi manusia, dan sepanjang aku mempunyai kawan ni. Memang banyak benda yg aku kena sabar dgn kawan2 aku. Bukan aku je, aku rasa benda ni semua org pon rasa. Semua buat benda yg sama. Apa org cakap, fitrah manusia kan? Dah memang sifat manusia macamni. 

Bila dengar kawan2 aku tu bercerita pasal friendship dorang masing2, kadang2 aku terpikir jugak kenapa ek kawan sanggup buat kawan dia sendiri macamni. Yg kutuk belakang2 lain. Yg rampas pasangan lain. Yg tipu, yg suka buruk2 kan kita. Macam-macam lagi lah. Sebabtu lah kan, aku memang malas nak ada geng yg ramai2 ni. Cukuplah aku ada seorang jee kawan baik yg selalu di sisi aku. 
Untuk apa kita kawan baik dengan ramai org, kalau org menyalah ertikan niat kita tu? Setuju? Oke good semua angguk. Haha



Dan aku rasa memang jadi kebiasaan lah dekat mana2 sekolah pon, mesti ada kelompok2 dia sendiri. Mesti ada geng dia sendiri. Even dalam kelas pon, kita boleh tengok si A berkawan dengan si B dengan C je. Buat apa2 semua sama2. Takpernah pon nak berkawan dengan si Y. Nak2 lagi bila cikgu suruh buat kerja grouping kan, memang takboleh nak siap lah kerja tu kalau dah kita tak se-group dengan geng kita sendiri.
Aku mengaku, aku memang macamni dulu. Ada geng sendiri.

Tapi bila dah naik form 4 ni, segalanya berubah. Study benda yg berbeza. And aku amek pure science. Dalam kelas aku tu memang chinese je yg ramai. Dalam 40 org tu, 8 orang je melayu. Ko bayangkan? Haha, sampaikan bulan pertama aku sekelas dengan ramai chinese ni. Aku pon dah faham dah bahasa2 dorang. Ni lah advantage dia. Yeayy!


The one :')

Cuma kat sini, aku cuma nak cakap.
  • Jangan pernah kutuk kawan kita belakang2. Kalau tak puas hati, tegur salah dia depan2. Itu lebih baik.
  • Jangan jadi talam dua muka. Depan lain, belakang lain. Just be yourself. Its perfect.
  • Tolong terima kawan kita seadanya. Faham perangai dorang betul2, barulah boleh judge dorang. And lagi bagus kalau kita betulkan kesalahan kawan kita tu.
  • Kalau ada apa2 benda yg kita patut share (untuk student terutamanya), tolong share sama-sama dengan kawan kita semua. Jangan selfish. Jangan nak berjaya sorang2.
  • Lastly, IKHLAS bila berkawan.

Ingat satu benda,
What you give, you get back.

Monday, March 11, 2013

Perempuan memang mulia. Aku bangga!

Salam.

Taktahulah kenapa harini tiba2 macam rasa tangan ni nak menari-nari kat keyboard. nak update entry dekat blog ni. Dah lama gilos tak update. Mana taknya, memang sibuk gila, nak urus diri sendiri pon kadang2 rasa macam tak ada masa langsung. So, lebih baik aku utamakan apa yg wajib2 dulu. Dah lega semuanya, baru boleh buat benda2 yg kurang penting. Yeah, macam update blog ni lah :)

Perempuan memang mulia kan? Beruntung siapa jadi perempuan. Aku sendiri pon rasa macam YaAllah bestnya jadi perempuan. Cuba korang fikir eh, dalam dunia ni tiap2 tahun ada Hari Sambutan Wanita Sedunia. Ada official day dia sendiri. Cuba kita pikir balik, ada tak hari lelaki? Jauh sekali lah hari pondan, tomboy, pengkid dan benda tu semua lah kan. Haha. Kelakau pulak kalau ada Hari Pondan Sedunia. Haha, cuba ko bayangkan. 

 Malaikat bertanya : "Apa kekurangan wanita ?" 
Lalu Allah menjawab, "Hanya satu hal. Wanita terkadang lupa betapa berharganya dirinya"

Nampak tak tu? Nampak tak betapa beruntungnya kita. Betapa bernilainya perempuan ni. Betapa berharganya wanita ni. Sampaikan perempuan boleh kan terlupa yg dorang ni berharga. Punyalah banyak keuntungan yg kita dapat. Sampai kita tak sedar. Dan sikap tak sedar tu lah satu-satunya kelemahan kita. Tu je lah satu. Tak ada lain dah. 
Haha, lawak tapi fakta kan?

Lagi satu perempuan ni memang kuat semangat kan. Perempuan memang sempurna. Senang cite, perempuan ni memang istimewa lah kan. Tak ada siapa dah yg boleh tanding. 
Contoh yg paling2 dekat and yg paling senang yg boleh kita tengok, Ibu kita sendiri. Bila aku tengok ibu aku tu, rasa macam bahagia je kan. Kita tengok ibu kita, kita akan rasa tenang. Aku taip benda ni pon, aku tersenyum. Hehe, kuatlah aura ibu ni kan. Untungnye jadi ibu ni

"Tengok wajah ibu, wajah ayah kita sahaja dah mendatangkan pahala"

So, koranggg tengoklah selalu ibu ayah kita banyak2. Selagi dorang ada lagi kat dunia ni kan. 


Lagi satu perempuan ni tak banyak mengeluh. Perempuan ni memang seorang yg kuat pendam. Kadang2 tu aku balik sekolah, balik kelas, mesti aku mengeluh penat. buat kerja itu ini. Banyak kerja lagi yg belum siap. 
Tapi bila tengok ibu aku tu, aku dapat rasa yang dia mesti lagi berganda-ganda penat dia. Mana taknya kalau dah pagi kerja sampai tengah hari. Balik rumah uruskan anak2 nak balik sekolah. Masak untuk anak2. Basuh baju, jemur baju. Petang kena kerja balik. Ada meeting lah, apa lah. 

TAPI, masa malam ibu2 kita, mesti dorang luangkan untuk kita semua. Percayalah. Malam2 tu mesti ibu tanya pasal hal sekolah. Ibu akan share cerita2 dorang dengan kita. Ibu boleh mampu lagi ketawa dengan mukanya yg alololo comeynyooo. Hahak.

Cuba kita pikir balik, dari pagi sampai ke petang. Ibu kerja tak habis2. Non-stop. Untuk cari rezeki untuk anak2 semua. But yet, malam dorang boleh senyum n ketawa2 lagi dengan kita semua. Ni lah baru namanya suri rumah yg sebenar.



 Aku sayanggg ibu ayah aku banyak banyak banyak banyaaakkk sangat. Tak terkata banyak nya.

:')