Tuesday, January 1, 2013

Lagi dua tahun dah nak habis sekolah :D


Assalammualaikum :) Hehe, yeayyy2 esok nak sekolah. 
So malam ni kenalah prepare kan segala-galanya kan? Kena sediakan beg sekolah baru, kasut sekolah baru yang tak perlu dikapur. HAHA. Dan yang paling penting kena gosok baju sekolah baru yang putih bersih lagi suci murni :) Hmm, semangatnya anak ibu yang ni nak pergi sekolah esok tau.

Semangat nak merasai alam tingkatan 4, yes menengah atas :D

Seriously, untuk kali ke empat ratus lapan puluh tujuh kali aku cakap aku masih tak percaya yang dah nak masuh form 4 dah aku ni. 16 tahun tau! 16 tau. 1 kena darab dengan 16 kali baru boleh dapat 16 tau. Ingat senang?Muehehe, gedik aku ni. Tapi sebenarnya kan bila pikir2 balik bosan tau bila dah meningkat dewasa ni. Macam2 dah kita kena pikir. Taksuke taksuke. 
Kalau boleh nak kekal jadik budak kecik, yang dulunye main kejar2 dalam kelas. Kawan usik sikit kita ngaduu kat cikgu. Sikit2 cikguuu, sikit2 cikgu. And cikgu pulak setia je melayan kite semua dulu2 kan. Ni lah namenye pengorbanan cikgu sekolah rendah :) 

Bila dah tingkatan 4, belajar pon kene serious. Takboleh dah main2 lagi. Takboleh nak berangan2 masa cikgu ngajor. Takboleh dah nak study last minute. Kalau dulu masa nak exam trial pmr pon. Esok exam, malam ni tak tidor langsong nak study. Memang boleh. Tapi abang aku cakap, kalau nak SPM kau buat macamtu memang hanyoootttttt. :P Thanks abang for the advice :D

Okay, ni aku just nak kongsikan gambar2 dari aku tahun 2010 sampailah 2012. Three years aku di sekolah yang sama, SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat. Memang indah sangat, syukur sangat2. Manalah tahu kan naik form 4 ni aku sambung sekolah tempat lain pulak :') Hehe sedih pulak taip ni.

2010


Biola, acting je yang ni. Tyme aku pendek lagi kot. Muka childish lagi kann. Hehe, rinduu pulak >.<


Keyboard. Aku yang berdiri tuu. HAHA


Senyum kemain lagi lebar. Okay ni tiga tahun lepas punya, main pistol2 air lagi tau uolls. Haha, masa ni ada party kelab bentarians

2011


Hehe, tyme ni paling best. Buat surprise untuk bestprengg aku Ain Syahirah yang pakai spec tu :) Just a cake Ain



Masuk futsal yang diadakan tiap2 tahun. Tahun 2011 je kitorang masuk. 2013 dah tak join dahh. Pasal first tyme kitorang join tuu je dah kalah dengan team budak form 1 tauu. 3-0 pulakk tuu. Sadis betol lah. haha


Pergi Istana Budaya for The Dreamgirls :)



Celebrate besday Mira :)

2012 (PMR)


Lawatan ke TARCollege


Trip to Legoland :)



Last day sekolah. K, banyak lagi sebenarnya gambar. Ni sebahagian.

Dari sini je kita dah boleh nampak kan kite dah meningkat dewasa. Muka dah matured. Badan dah gemok. Akal fikiran pon dah matang dah. Taon depan form 4 lepastu form 5 lepastu dah habis sekolah dah. Lagi dua tahon je ni aku nak bersekolah, merase pakai baju sekolah. Aku nak manfaatkan betol2 :)

Antara ucapan cikgu aku pada hari beliau bersara :

"Bila awak tengah bersekolah, awak akan memang berasa bosan untuk bersekolah. Hari-hari benda yg sama awak buat. Tapi percayalah cakap cikgu, awak akan merindui ni semua. Apabila awak dah bekerja, dah di universiti, hati awak melonjak lonjak nak masuk alam persekolahan balik. Dan kerana itulah cikgu memilih kerjaya cikgu sebgai seorang guru supaya dapat melepaskan rindu pada alam persekolahan. Ingat, alam persekolah adalah alam yang terindah bagi seorang manusia :')"

No comments:

Post a Comment