Thursday, November 15, 2012

Family Day 2012!

Assalammualaikum n hyee uolls :)
Orait kali ni taknak cakap panjang2 lah kan, Straight to the point. Habis je cuti sekolah, ayah dah siap plan awal2 dah apa nak buat holiday ni. First sekali, family kitorang join Family Day 2012 sekolah ayah. Yup, my father is a teacher :D Oh, he is my superB teacher too! Alright, tempat yang sekolah ayah aku pilih adalah di Desaru Damai Beach Resort, Johor Bahru. Sebenarnya plan asalnya nak ke Pulau Langkawi, Tapi aku sendiri tak tahu lah kan kenapa tiba2 pulak tukar pergi JB. Alaaa, pergi mana2 pon aku suka, asal pergi dengan family tersayang :')


*why my face soo bolat ?

We all pergi Family Day ni tak lengkap lagi sorang family member. Iaitu my kesian sister yang ada kat Sarawak sekarang. HAHA, padan muka tak dapat ikot :P Tapi dia tak perlu risau lah, setiap kali dia balik sini, Parents aku sure2 punya akan bawak dia jenjalann. Yang huntongnye aku lah kan? Ngehngeh *gelak kejam


Abang daku dah pandai nak membuat muka cecomel k sekarang ni. Terpengaruh dengan daku lah ni. :D

Sebelum sampai singgah makan tengah hari dulu dekat pantai ape tah. Tapi memang ohsem lah pantai tu. Masetuu pulak kan air surut, so dari jauh dah boleh nampak betapa indahnyeee pantai tu lahai.Dengan umang2 yang ketam kecik2 tuu main2 dekat pasir kat kaki kita. Disebabkan staff2 sekolah ayah ni memang lah tersangat 'family' dia punya hubungan tuu, maka makan tengah hari kami buat potluck. K, macam2 makanan yang diorang bawak. Sebelum makan, kami bergambar dulu !


Ye, memang ahlinya tak ramai pon. Sekolah ayah adalah sebuah sekolah yang tak ramai murid-muridnya ya kawan-kawan


 Ayah merenung pantai dan si isteri berpashmina dan berbeg ada ribbon polka-dot yang tersangat kiut pulak memerhatikan si ayah :*


  Haha, adek aku memang pandai buat lawak tyme2 nak bergambar. See?

My only ibu, my only abang and yes my only budak bertuah :)

Tengok, adek aku buat muka selenge dia lagi. Perhatikan kaki aku dan perhatikan ketinggian aku dan abang aku. Apa kesimpulan anda? HAHA

Dengan ibuu, muka aku teruja sekali dapat tangkap ketam yang cinonet dekat dalam pasir tuu ^^\/

Sekali lagi budak bertuah buat aksi yang mengecut ngecutkan perot aku untok gelak, haha

*Tunjuk punggungg, ibu amekkan gambar :)

Comel kann? Very very chinese-look right? Rinduu dengan budak nonet ni tauu

Finally sampai pon Desaru Damai Beach Resort. Destinasi yang dituju.

From our room, second floor

Oke sampai2 je kami diberikan bilik masing2 dan buatlah apa yang patut sebelum mula aktiviti seterusnya. Kemudian macam2 lah aktiviti kekeluargaan yang kitorang buat. Macam2 kategori ada, untuk kanak2 ada. Untuk pasangan suami istri pon ado tauu, sangat sweet gitu. Hehe. Aktiviti yang kitorang buat..main snooker,  bowling kelapa, cari gula dalam tepung, rebut kerusi, tiup belon sampai pecah and macam2 lagi lah. Semua permainan ni pihak resort yang uruskan k. Siapa pemenang dia semua dia yang catatkan. Dah penat main2 tu, takdelah penat sangat actually (haha) kitorang pon bermandi manda dalam swimming pool sampai lifeguard tiup wisel. haha :P


For child

Then malam tu pulak ada majlis makan malam, ucapan, ucapan dan ucapan. Haa, makan malam dia memang terbaik. Pihak dia yang uruskan semuanya. Dia dah siap bakar (bbq) ayam udang ikan dari awal masa kitorang mandi2 tu lagi. Lepastu ada cabutan bertuah, penyampaian hadiah dan malam pesta muda-mudi. haha, karoke lah kalau nak saintifiknye. Bapak aku taknak kalah, dia pon karoke jugak with my budak bertuah.

Esok paginya aktiviti bebas. Yang laki2 nye pergi main bola tampar pantai. Ya, memang betul2 sebelah pantai tu k tuan tuan semua. Tengah hari dah check out dan berpisah :)

Hari pertama, baru check-in bilik

 Tyme nak pergi dinner dengan ibu. Perhatikan pipi kami. Pipi tembam aku rupanya mewarisi pipi ibu kann?

Hari terakhir, Oke bilik dah mula bersepah. Padahal budak kecik yang ada sorang je :)

Waktu2 cuti macamnilah kita sepatutnya meluangkan masa bersama. Tak kisahlah dengan family ataupun kengkawan. Dapat jugak kita dekat2, dapat kenal satu sama lain betul tak ? Semoga cuti kali ini lebih bermakna buat aku dan family :')

No comments:

Post a Comment