Thursday, November 15, 2012

Korean Style Charcoal BBQ and Steamboat


Assalammualaikum, sure2 punya lah kan masing2 masih dalam mood holiday betul tak? Memang rugilah kalau cuti sekolah ni asek nak terperap je dok dalam rumah. Herr, memang tepu kepala otak kita ni kalau tak berjalan bersiar siar kasi otak lagi freshh. Cehh, gituu. Lepas pergi Family Day di Desaru, aku dan family memang tak lepaskan peluang untuk jalan2 di JB. Kitorang pergi Nusajaya, bandar yang masih muda belia lagi. Kat situlah tempatnya Legoland. Aku dengan family pergi jengok2 Puteri Harbour Family Theme Park. Dekat situ lah ada Hello Kitty Town. Memang tersangatlah baru dibuka. Tempat dia pon baru je nak membangun. Oleh sebab masa kitorang pergi tu dah petang, maka tak menyempatlah kitorang nak masuk.

Haa, yang ni nak cerita. Barulah ada kaitan dengan tajuk. Dah jenjalan, malam tu cariklah kedai makan kan? Terosss ibu offer ajak pergi Restoran Singgah Selalu. Yang ibu excited nak makan dalam kedai ni sebab dia ada Steamboat. Yeahh, ibu memang dah lama mengidam, macam orang pregnant pulak. Aku pon ape lagi kan, pakai order je lah makanan2 yang perlu di-steamboat kan. HAHA :D






Nampak fresh sangat kan seafood dia. Daging masih merah lagi bak kata orang. :)


Ada dua jenis soup, satu perisa Tom Yam dan satu lagi perisa Ayam. Tom Yam dan Ayam, nampak tak permainan dia? Huahaha :D 


Yang ini pulak yang bakar punya (BBQ lah senang cite). Jangan risau kalau tak ada minyak, pasal dia dah sediakan mentega dan kicap. Terpulang pada customer nak buat macam mana. Nak letak atau pon tidak. Sos dia pon memang pelbagai. Ada sos biasa tu, ada macam cili padi, ada kicap. Memang poneng kepalo eden ni haa nak cicah mane satu. Tapi tapi yang paling sedap dia punya daging. Wuuuu, mablesss :)


Nampak tak dia punya asap tu berkepul-kepul? Asap ke? -.- Erkk. Haha, masa tu awal lagi tau. Dalam pukul 8 macenggitu. Hanya family aku je lah satu satunye customer yang order steamboat ni. Maybe dorang taktau kot pasal ni. So memang kitorang jadik perhatian. HAHA, semua pandang tau. Sampaikan ada satu pakcik ni, dia siap pergi kat kitorang pergi tanya pasal steamboat ni, macam mana nak order semua. Dia cakap:
"Pakcik ni baru first tyme tengok awak buat. Macam seronok pulak"
Memang seronok pon pakcik :)


 Tengok tuuu, abang aku buat muke comel lagi. haha ^_^

Sebelum balik ke segamat, perot memang lah tersangat kenyang dan penoh k. Memang rasa senak pulak. Nak jalan pon susah. Haha, tapi my budak bertuah tu still tak kenyang2 lagi. So ibu pon pergilah bungkuskan dia Dunkin Donnut tuu. Budak tengah naik katakan :)


Dengan ini saya mengesyorkan anda semua pergilah merasai kenikmatan Korean Style Charcoal BBQ and Steamboat di Restorang Singgah Selalu, Danga Bay, Johor 

Byeee uolls :D

No comments:

Post a Comment