Saturday, November 10, 2012

We are here Legoland!


Assalammualaikum tak jawab dosa, awak jawab awak ohsemmm! :)

Hehe, orait harini hari Jumaat bersamaan 9 Nov 2012. Ya, harini hari last day sekolah untuk semua pelajar2 di sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Cerita last day sekolah akan di-update kemudian. Cehwah, macam ala ala operator gitu. Harini cerita pasal semalam hari Khamis. Antara aktiviti yg paling ditunggu-tunggu oleh pelajar form 3 sekolah aku adalah rombongan ke Legoland! Yahoooo yabedabedu. Muahaha, yelah umum pon tahu Legolang baru bukak kan? Jadinye memang excited nak pergi sana tu :D Kami hanya perlu bayar RM80 sahaja k. Sangat2lah menjimatkan kalau nak dibandingkan pergi sendiri dengan family. Maybe dia ada pakej untuk student kot. Siap dapat voucher makan RM15 k. Takyah bawak duit langsong pon tak ape tau. Haha :)


Oke pagi2 kumpul dekat sekolah, cikgu bagi roti dan air mineral. Cikgu tick kehadiran dan dalam pukul 7.30 pagi maka kami pon bergerak ke Legoland Theme Park, Nusajaya. Sebelum sampai ke destinasi dituju. Eh apesal lah aku cakap macam nak masok pertandingan bercerita ni? Haha. Sebelom sampai sana,kami singgah dulu makan pagi di RnR mane tah. Tak penting pon kat mana,yang penting makan! >.<


Mereka makan nasi lemak. Saya dan kawan baik saya pula makan bakso. Kami share oke.Nampak tak kemanisannye di situuu ? Hhaha


Dan ya, kami ke sana dengan memakai baju kokurikulum yg berwarna kuning terang gila tu. Rasa macam nak buat perhimpunan bersih pon ado tauu.Semangat gilos masing2 tyme ni


Disebabkan masa tu akulah yg tukang memegang camera, so dorang bila nampak aku je "Ayuni, sini sini sini ni ni" Haha. Dan tanpa melepaskan peluang yg ada. Aku pon apa lagi kannn? 


Excited sekali lagi


Haha,yang ini lagi excited. Yang sebelah kanan tu, akulah tuu. Nak tayang Cartino Sonea baru beli letteewwwww.Ngehh3 \/^^


Bila kitorang nampak signboard legoland je dah bertepuk tangan dalam bas horey horey siap berjimba-jimba lagi k. Haha yang tu baru nampak signboard je, nampak sangat kitorang ni budak sekolah lagi kan. Perangai tu keanak anakan lagi. Sebenarnye bende ni lah yg buat kite paling paling rindu bila dah besar nanti. Trust me *sambil angguk kepala feeling2 dah dewasa. 


With our beloved class teacher :) Miss Chai Fee Mee. We will miss you teacher ;D


Mana datang adik aku ni? Pelik kan, di mana ada aku, di situ ada dia O.o



Sampai2 sana je masing2 dah jadi sawan kamera. Masing2 amek gambar awal2 dulu. Yang baju kuning kat belakang tu semua team form 3 sekolah aku. Kemudian cikgu kumpulkan kitorang, agihkan kad. Bagi pesan sekurang kurangnya jalan dalam group 4 orang. Berkumpul balik dekat pintu depan tu pukul 5.30 dan cikgu bagi nombor telefon cikgu kalau2 ada kecemasan. Maka kami pon berpusu-pusu masuk dalam macam kambing masuk kandang. haha


Seriously sampai sana je taktau nak pergi mana dulu. Bila tengok peta pon alaaahaaii mana lah kite nak pergi dulu ni. Macam orang hilang tujuan masetu. So kitorang jalan dlm group dengan bantuan peta yg diberi. Kalau ada GPS kan bagus! hahaha


Ommeynyeee patung lego tu.Aku sampai tercangkong cangkong nak tangkap gambar dengan dia. Rasa macam wahh kagum gila dengan idea orang yg nak buat ni semua. Dari sekecil kecil lego tu boleh jadi sebesar besar bangunan tau. *Gaya ckp budak tecit yg jakuntut

Haha, game yg pertama kitorang main. Naik kereta tu dan kalau nak gerakkan dia kena pam dulu. Sampai dekat garisan kena turus lepastu pam pili lepastu padam api kebakaran. Lepastuu patah balik. Ada 4 kenderaan k yg berentap. Memang feeling2 sukaneka :D haha


Kalau nak keluarkan air dari paip tu kena pam dulu pili. Seperti gambar di atas k kawan kawan. Memang masing2 gelabah gila nak menang cepat. Padahal bukan ada hadiah pon kalau menang. Nampak tak petak yg ada gambar api tuu. Kalau dah selesai sembur air, dia akan tukar gambar bomba pulak. Masetu lah kena patah balik dekat tempat permulaan tadi. Yeayyy! Dapat nombor 2 :)


Haaa, sekarang jelas tak macam apa yg aku ckpkan tuu. Tulah gambar bombanya. Tengok tuu, terlari-lari kawan aku nak menang cepat. Muka bahagia gila. Hehe


Game seterusnya. Yang ni lagi lah feeling kanak2. Rupanya kitorang dah termasok zon yg kanak2 punya main. Yang tak adventure punye. 


Sebelum naik plane tu adek aku sebok nak bawak beg dia tu. Haha, tengok muka macam ye2 je naik plane betol2.




Kali ni feeling2 dekat tanah arab pulak. Ya Ali baba (tangan kiri kat pinggang, tangan kanan angkat sambil goyang2kan) Cuba uolss buat >.< Comel tawuu..



Hahaha, aku muka bahagia teramat dapat duduk atas unta legoland :)


The next game, naik kapal. Lepastu kapal tu akan boommm bedebushh jatuh dari tempat yg tinggi. Perhatikan gambar di atas. Ada kapal yg tengah naik bukit, dan ada air terjun yg menjunam tu. Basah tak basah belakang cerita lah, yang penting kami nak naikk! nak jugak! nak jugak! HAHA


Kapal boleh muat 8 orang k. Dan kami memang cun2 je 8 orang. Yeay!



Cikgu memang dah pesan awal2 untuk bawa baju hujan. Satu, takot kalau hujan. Dua, sebab nak naik benda ni lah. Tapi bagi yg tak bawak, dia ada jual baju hujan. Taktahu pulak berapa. Tapi rasanya mahal sikitlah. Lepastu dia ada tempat keringkan badan. Kena bayar RM5 kalau tak silap. So macam2 alternatif ada, jangan risau. Customer is our priority. Hahak. Pandai je akuu.




Ini dia tempat keringkan badan tu. Kepala aku sampai teleng2. Senget itu manjee :)


Next, tengok movie 4D. *Tangan aku nak amek apa tuu ?


*Tengok adek aku buat lawak


Gaya aku gaya bini-biniku gangster. :D

*Yang paling kanan nama dia Farahin. We call her E'in. Rasanya dia dah bosan dah amek gambar banyak2 kali. haha

Disebabkan nak menunggu tu lama, maka kami pon ambil lah gambar seratus empat puluh tujuh kali. HAHAHA


Next game, kena tarik tali tu sampailah kita dah sampai kat atas sekali. Pandang bawah, rasa gayut (gayat) dan gerun gila. Lepas kan tali. Lepastu jatuh kat bawah. Dah tak takot, tarik naik atas balik. Kahkahkah




My only budak bertuah buat muka comel. Kalau boleh gigi dia tu nak buat sama macam gigi rabbit tu. haha


Tapi takleh lawan pose aku. Lagi hebatt! Muahaha

Next, naik roller coaster, The Dragon tajaan Maybank. Hahaha

Dan tajaan beg SAG jugak.Haha ^_^


Dalam tu gelap, kesannya pada kualiti gambar negative 12 tanpa flash. haha


Tak cukup sorang ahli (cameraman)


Hai semua, ini bodyguard saya. Nampak tak tangan saya pelok dia. Saya tabik sama dia ;)

*muka bajet garang budak betuah aku ni

Next game, Project-X. lagi mencabar




Tengah line up. *Pandangku sebelah mata. ^_-


^ Next game :)


Disebabkan cuaca begitu panas, maka kami pon berteduh masuk dalam satu tempat ni. Budak kecik je semua dlm tu. Tempat main barang2 lego ni. Main cantum2.


Concentrate -.-


Siap pon bentuk hati itu <3



Jeng jeng jeng. Hasil cantuman yg telah aku buat. A love A


Kenapa syakirah pijak kasut kecik? Haha, belakang tu semua alat muzik. And kita lalu je dia berbunyi. Macam bising pon ada jugak. haha


Wuuu muka amboyy ai. haha, ade beruang kat bawah tu sebenarnye


Pergi tandas salin baju lepas dah basah lecun kena hujan and main air.


Lihatlah gaya masing2. gaya adek aku. gaya org yg dekat belakang tu. haha, candid maybe?



Kat bawah ni semua gambar beli




We had joy, we had fun :D Walaupun penat, sampai ada yang pening2 muntah2,
Walaupun masing2 dah sunburn,
Walaupun hujan masa petang,
Tapi memang awesome gila!
Panjang lebar kan, Sadakallah :')

No comments:

Post a Comment