Thursday, December 27, 2012

Talk about 'AZAM'

Assalammualaikum and hye uolls, hari ini 27 Disember 2012. 
Lagi berapa hari je ni kita nak masuh tahun baru. Lagi berapa hari je tauu. Rasa macam sekejap sangat kan tahun 2012 ni. Oh 2012,mesti aku rinduu sangat2 tahun 2012. Terlalu banyak sangat kenangan dalam tahun 2012 ni. Kalau boleh kan rasa macam taknak je tinggalkan tahun 2012. Rasa macam nak pause everything je. Ya Allah,semoga tahun 2013 juga membawa makna kepadaku Ya Allah :')

Alhamdulillah,azam aku tahun 2012 dah tercapai. Syukur sangat-sangat. So tak adalah nanti rasa macam menyesal kan sebab tak dapat nak tunaikan azam kita sendiri. Dah nak masuk tahun baru ni,azam pon baru. Now,tengah pikir-pikir lagi nak azamkan apa untuk tahun 2013 ni.Buat mereka yg ada exam2 besar macam aku dulu PMR,senanglah kann.Boleh terus berazam nak dapatkan straight A.Dengan penuh keyakinan dan bersemangatnya, tanpa ragu-ragu lagi dah berazam, Aku nak straight A! Yeayyy! Haha macam aku lah ni dulu.


Guys, azam ni sangat-sangatlah penting ye dalam hidup kita. Dia sebenarnya macam nak tunjukkan apa target kita sepanjang setahun tu. Dan bila dah berazam tu, kenalah berusaha tunaikan, betul tak?Bila dah berazam tu, jangan risau. Secara automatik dan tiba-tiba je kita akan lebih berusaha bertungkus-lumus nak capai azam kita tu. Azam ni pon sebenarnya ibarat janji kita kat diri sendiri. Apa perasaan kita kalau org tak tunaikan janji dia dekat kita? Macamtu jugaklah kena tunaikan janji diri sendiri :D

Antara azam-azam 2013 aku (bajet banyak gilos azam je kan) :

  • Nak study betul-betul dan concentrate sepenuhnya dalam study. Form 4 bukan tahun berhoneymoon
  • Nak turunkan berat badan (Hahhahahahaha)
  • Nak tinggi lagi! nak tinggi lagi! Tolonglah tahun depan dah 16 tahun tau. Tinggi baru 150 cm
  • Nak dapatkan banyak2 anugerah dalam sekolah tu
  • Ingin menjadi anak perempuan yang baik dan solehah :') *terharu
  • Nak cuba untuk solat 5 waktu penuh. Nampak sangat sebelum ni tak berapa penuh. Muehehe
 Rasanya tu je lah kot. Tak beranilah nak letak azam banyak-banyak kan. Nanti tak tercapai, diri sendiri yang rugi. So, Welcome 2013!


No comments:

Post a Comment