Thursday, December 20, 2012

Alhamdulillah, anugerah terindah :')

Assalammualaikum and hye uolls,
Wahhhh rase macam lega sangat sangat lepas dah dapat result ni. Dan Alhamdulillah aku berjaya mendapat 8A. Inilah yg aku terlalu nak kan dalam hidup. Tak sia2 belajar 3 tahun kan? Alhamdulillah sangat2, aku bersyukur padaMu YaAllah. Baru semalam aku amek result, terasa macam nak amek banyak banyak kali je :) Hehe, harini teros zzuuppp update dekat blog. Takot nanti dah sejuk cerita pon dah basi. Betol idak?

Sehari sebelum nak dapat result tu, errrr rasa macam errr, rasa yg entahlah. Duduk takboleh, diri takboleh, makan takboleh, nak tidor tak boleh. Semuanya tak boleh. Ada je benda yg tak kena tawu tak. Rasa macam org pregnant yg tengah tunggu hari nak bersalin :D Hhahaha macam gitulah. Tak senang dudok org kata. Ibu dengan my budak betuah tu tak habes2 teros meneros usik2 aku. Rasa macam ishhh dah lah jangan usik2 lagi. Haha, memang cuak gila. Memang gua tak makan langsong haritu. Nasi wa tak hadap pon. Pergi dapur minum air kosong je twu tak. Air sejuk dengan ais berketul-ketul pon aku dah tak pandang dah. 
Punyalah hebat penangan result PMR ni kan? Macam kene nasi kangkang. Ngeh3

Lepas sembahyang maghrib, aku sempat lagi amek semua kertas soalan PMR yg ada, search google skema PMR 2012, check balik jawapan2 untuk subjek yg aku rasa gerun sikit tu. Sekurang kurangnya ada lah rasa lega sikit kan? Rasa gemuruh tu tak hilang jugak, oke baca yasin. Kasi tenang sikit jiwa ni. Lepastu teros bukak air-cond teros tidor. Tapi kan kawan kawan. Pukol 9 lebih saya masok tidor, takboleh tidor2 jugak sampai dah pukol 1 saya bangon pergi tandas. And at that time, tho whole of my family dah tidor dah pon. Errr, kenapa aku rasa macam gini? -.-

Dan pada hari Rabu 19 Disember 2012 adalah hari yg ditunggu-tunggu oleh semua batch-97. Hari yang memberi kita jawapan kepada doa2 dan hasil usaha 3 tahun belajar. Waktu2 akhir macamni takboleh nak buat apa dah, cuma berdoa dan mintak keajaiban Allah. Dan aku sendiri merasakan keindahan tu. Korang, belajar lah betol2. Tak sia2 kita bersengkang mata, mengadap buku sepanjang masa. Semua semua tu rasa macam 


 " Fuuuhhhhh, lega. Aku dah berjaya. Tak sia2 aku belajar. Alhamdulillah Allah "

And pada masatu lah kita dpt tengok kawan2 kita punye nerbessss nye macam mana. Tengok kawan2 kita yg hepi, yg sedih dan ada jugak yg selamber dekk jek. Macam dia dah pasrah awal2. HAHA. Buat dorang yg tak berjaya, jangan give up. Ni baru PMR, jauh lagi hidup kita kalau nak berjaya ni. Betul tak. Ni semua hanya permulaan. 
Kita dah buat yg terbaik. Dan apa yg terjadi itulah yg terbaik untuk kita :)


Dan until now, aku tak habis2 terima ucapan tahniah dari kawan2, sedara mara, cikgu2. Ingat ea korang, bila dah berjaya jangan lupa orang ug tak berjaya. Sebab kita semua sama2 rakan seperjuangan. And jangan lupa nak ucap alhamdulillah, bersyukur dengan apa yg kita dapat tau. Jangan lupa ucap trime kaseh dekat semua orang. Dan kalau kita ada bernazar sesuatu, tunaikanlah janji tu. Cehwahhh, macam khutbahJemaat pulak >.<


Apabila kita berjaya tanpa melupakan kawan baik kita, itulah namanya kawan sejati dunia dan insyaAllah akhirat :') Tahniah buat kita berdua Ain Syahirah :D
-petikan dari post aku ke fb dia-

Again, Alhadulillah Allah, Terima kaseh semua :')

No comments:

Post a Comment