Monday, March 11, 2013

Perempuan memang mulia. Aku bangga!

Salam.

Taktahulah kenapa harini tiba2 macam rasa tangan ni nak menari-nari kat keyboard. nak update entry dekat blog ni. Dah lama gilos tak update. Mana taknya, memang sibuk gila, nak urus diri sendiri pon kadang2 rasa macam tak ada masa langsung. So, lebih baik aku utamakan apa yg wajib2 dulu. Dah lega semuanya, baru boleh buat benda2 yg kurang penting. Yeah, macam update blog ni lah :)

Perempuan memang mulia kan? Beruntung siapa jadi perempuan. Aku sendiri pon rasa macam YaAllah bestnya jadi perempuan. Cuba korang fikir eh, dalam dunia ni tiap2 tahun ada Hari Sambutan Wanita Sedunia. Ada official day dia sendiri. Cuba kita pikir balik, ada tak hari lelaki? Jauh sekali lah hari pondan, tomboy, pengkid dan benda tu semua lah kan. Haha. Kelakau pulak kalau ada Hari Pondan Sedunia. Haha, cuba ko bayangkan. 

 Malaikat bertanya : "Apa kekurangan wanita ?" 
Lalu Allah menjawab, "Hanya satu hal. Wanita terkadang lupa betapa berharganya dirinya"

Nampak tak tu? Nampak tak betapa beruntungnya kita. Betapa bernilainya perempuan ni. Betapa berharganya wanita ni. Sampaikan perempuan boleh kan terlupa yg dorang ni berharga. Punyalah banyak keuntungan yg kita dapat. Sampai kita tak sedar. Dan sikap tak sedar tu lah satu-satunya kelemahan kita. Tu je lah satu. Tak ada lain dah. 
Haha, lawak tapi fakta kan?

Lagi satu perempuan ni memang kuat semangat kan. Perempuan memang sempurna. Senang cite, perempuan ni memang istimewa lah kan. Tak ada siapa dah yg boleh tanding. 
Contoh yg paling2 dekat and yg paling senang yg boleh kita tengok, Ibu kita sendiri. Bila aku tengok ibu aku tu, rasa macam bahagia je kan. Kita tengok ibu kita, kita akan rasa tenang. Aku taip benda ni pon, aku tersenyum. Hehe, kuatlah aura ibu ni kan. Untungnye jadi ibu ni

"Tengok wajah ibu, wajah ayah kita sahaja dah mendatangkan pahala"

So, koranggg tengoklah selalu ibu ayah kita banyak2. Selagi dorang ada lagi kat dunia ni kan. 


Lagi satu perempuan ni tak banyak mengeluh. Perempuan ni memang seorang yg kuat pendam. Kadang2 tu aku balik sekolah, balik kelas, mesti aku mengeluh penat. buat kerja itu ini. Banyak kerja lagi yg belum siap. 
Tapi bila tengok ibu aku tu, aku dapat rasa yang dia mesti lagi berganda-ganda penat dia. Mana taknya kalau dah pagi kerja sampai tengah hari. Balik rumah uruskan anak2 nak balik sekolah. Masak untuk anak2. Basuh baju, jemur baju. Petang kena kerja balik. Ada meeting lah, apa lah. 

TAPI, masa malam ibu2 kita, mesti dorang luangkan untuk kita semua. Percayalah. Malam2 tu mesti ibu tanya pasal hal sekolah. Ibu akan share cerita2 dorang dengan kita. Ibu boleh mampu lagi ketawa dengan mukanya yg alololo comeynyooo. Hahak.

Cuba kita pikir balik, dari pagi sampai ke petang. Ibu kerja tak habis2. Non-stop. Untuk cari rezeki untuk anak2 semua. But yet, malam dorang boleh senyum n ketawa2 lagi dengan kita semua. Ni lah baru namanya suri rumah yg sebenar.



 Aku sayanggg ibu ayah aku banyak banyak banyak banyaaakkk sangat. Tak terkata banyak nya.

:')

No comments:

Post a Comment