Saturday, March 30, 2013

Kem - Cycling the mountain bike

Assalammualaikum

Antara aktiviti2 yang adventure masa kem haritu ialah menunggang mountain bike. Oke, first kitorang diberi taklimat. Tentang cara nak menguruskan mountain bike ni. Bahan apa yg diperlukan. Safety2 dia semua tu lah. About the mountain bike. Part2 yang perlu dikenal pasti. Function dia lagi. Sedikit sebanyak memang bg ilmu lah dekat aku yang tak tahu apa2 pon pasal mountain bike ni. Nothing. Yang aku tahu basikal 4 roda yg budak kecik naik tu. haha.
Kemudian dibahagikan pulak kepada 2 group. Satu, yang akan menunggang. Satu, yg akan mengurus. Mengurus kat sini means kita akan keluarkan mountain bike dari stor mengikut bilangan yg betul. Keluarkan helmet dia, yang dekat siku dengan lutut tu. (aku lupa dah nama dia apa, sia2 je orang tu bg taklimat) jaket keselamatan. Aku rasa tu je lah kot. 

 *find me


Demonstration lah sangat kan. Okay, lelaki tu nama dia Aidiel. Dia ketua kumpulan aku. Hmm, boleh tahan kan (amboyy..) :P

Masa mula2 tu kan, aku rasa macam alaaaa sama je kan mountain bike ni dengan basikal lain2. Just naik dan kayuh dan kayuh. So apa lah yg adventure sangatnye? Macam kerja bodoh je (ayat sinis btol) Haha. Basikal tu dah lah tinggi. Seat dia pon boleh tahan lah tinggi jugak. Aku ni dah lah pendek. Bila naik tu memang rasa janggal gile. Badan aku serta merta jadi bongkok macam nenek 60an sebab seat dia tinggi.



Muka masing2 confident je kan? Taktahu track dia punya lah susah. Berbukit bukau. Fehh, aku ingat mati je masa naik menatang ni. Lagi satu, yg kat belakang tu sume kitorang punya khemah.


Sebelum memulakan perjalanan, weolls semua baca doa dulu. Nak elakkan benda tak baik terjadi. Lagipon kitorang akan lalu dekat tempat hutan2 sikit. So faham2 je lah kan, dalam dunia ni bukan manusia je yg ada. Amacam ayat aku? Seram tak? haha. Yang lelaki jalan dulu, yg perempuan pulak kena follow yg lelaki. 

Sebelum lalu dekat track tu, kitorang pusing 3 pusingan dataran. Besar dataran tu adalah mcm besar satu padang. Tujuannya untuk longgarkan lutut kita. Tak adalah nanti kaki terperanjat kan. Mana tak nye, last aku naik basikal masa aku darjah 6. Haha, masetu pon sebab dpt basikal free 5A, bawak basikal dr sekolah sampai rumah. Tu lah terakhir kalinya.Now, dah empat tahun berlalu tau. 


Takde pulak gambar yg dekat track. Tapi memang track dia tersangat sangat mencabar. Dengan berbukit bukau nye, jalan atas tanah dan batu2 kecil yang tak rata. Kalau yg tak pandai nak stabil tu, memang akan jatuh. Yg paling menakutkan, kita kena lalu tepi2 tasik. Dah lah track dia kecik je, kalau jatuh memang terus masuk dalam tasik tu. Lepastu kena lalu dekat satu titi ni. Titi dia dah lah pakai papan je. Masa lalu aku was2 je takot titi tu tak dapat nak menampung berat badan aku ni :D Ngiahaha. 

Masa lalu dekat jalan yg bukit2 bonjol2 gitu, macam bumper lah senang cite. Badan mesti bergoyang goyang tak stabil. Sekejap nak jatuh ke kiri, sekejap nak jatuh ke kanan. Dan disebabkan seat tu tinggi, dan sifat basikal tu sendiri yg tinggi, bila jatuh, memang vagina lah yg jadi mangsa. Hahahaha :P Harap faham.


Ada jugak yg tak gheti naik basikal langsong. Bayangkan, langsong tak tahu naik basikal. Dia naik tu dia tak reti nak stabilkan. Haaa, 3 orang yg tolong dia. Last2, dia tak join kitorang pon lalu dekat track semua. 


Aai cik abang? Basuh basikal sampai senteng sebelah seluar? Knp tak naikkan dua2 belah je. :P

Malamtu nak tidur memang sakit betul kaki. Memang lenguh sangat2, nak naik turun tangga pon sakit. Nasib baik ibu ada bekalkan aku muscular vick :) Adalah sangat2 berguna di waktu kita memerlukan. Haha


No comments:

Post a Comment